mutakhir

22 kawasan di Muar terjejas banjir

Oleh Mohamed Farid Noh

SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Muar berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan air sungai di daerah berkenaan melimpah ke daratan.

Menurut Sektariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, kira-kira 22 kawasan di daerah itu terjejas dinaiki air terutama sekitar parit utama di Bandar Muar,Kampung Sabak Awor, Seri Menanti, Parit Tengah, Parit Sungai Abong, Sungai Bentayan, Sungai Gersik dan Air Hitam Batu 18.

Turut terjejas,Taman Sungai Abong, Taman Orkid, Taman Damai, Taman Mutiara, Jalan Hospital, JPJ Cawangan Muar, Jalan Bentayan, Jalan Dato Haji Kassim, Parit Salman, Kampung Kelantan, Taman Temenggong Ahmad, Parit Perupuk, Kampunh Dato Seri Amar Diraja dan Jalan Bakri.

Sehingga kini, sebuah PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani sudah dibuka pagi tadi dengan empat lagi PPS sudah bersedia untuk dibuka.

"Hujan lebat melebihi 60 milimeter mulai jam 4 pagi tadi menyebabkan kebanyakan lokasi berhampiran Bandar Muar dan daerah ini dinaiki air banjir.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih memantau keadaan berikutan hujan lebat masih berterusan meningkatkan risiko kawasan rendah dinaiki air, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 12:04pm
d