mutakhir

Usul tukar Speaker tidak cacat

Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Amir Abd Hamid

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan mempertahankan usul untuk menukarkan Speaker Dewan Rakyat.

Ketika penggulungan, Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu menegaskan, usul berkenaan adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, peraturan mesyuarat dan tidak mempunyai kecacatan.

Usul itu dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan.

"Usul ini juga tidak cacat dan ia diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh masa 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

"Saya ingin memaklumkan bahawa usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam parlimen.

"Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

"Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat sahaja kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," kata Takiyuddin

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 1:34pm
d