mutakhir

Sumbang 1,500 pelitup muka boleh cuci

Oleh Siti Rohana Idris

MENJELANG pembukaan semula sekolah pada Rabu ini, Yayasan CNI menyerahkan 1,500 unit pelitup muka kepada tiga sekolah rendah di Tumpat, hari ini.

Sumbangan pelitup muka jenis mikrofiber boleh dicuci itu diagihkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Sungai Pinang dan Pasir Pekan.

Timbalan Setiausaha Yayasan CNI, Asri Hussain berkata, sumbangan membabitkan peruntukan RM10,000 itu adalah di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam usaha membantu warga sekolah berdepan sesi persekolahan dalam normal baharu.

"Bagi sesi persekolahan bermula Rabu ini, murid digalakkan memakai pelitup muka kerana pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

"Guru dan warga kerja sekolah kini dianggap sebagai petugas barisan hadapan dan mereka berisiko kerana dalam kalangan murid atau pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan nanti mungkin ada yang bergejala.

Penyerahan pelitup muka boleh dicuci sebegini sangat sesuai untuk kegunaan warga sekolah kerana selain menjimatkan kos, ia mengelakkan pembuangan pelitup muka jenis pakai buang merata-rata," katanya ketika majlis penyerahan di SK Pulau Beluru, Tumpat, hari ini.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 2:32pm
d