mutakhir

Nga letak jawatan Timbalan Speaker

Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Amir Abd Hamid

AHLI Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau hanya akan berkhidmat kepada kerajaan dipilih oleh rakyat.

"Sebagai prinsip saya meletak jawatan serta-merta. Saya datang (dilantik) dengan rasa hormat, pergi dengan rasa hormat berdasarkan prinsip dan solidariti

"Surat peletakan jawatan akan diberi kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebentar lagi," katanya.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 2:57pm
d