mutakhir

Cadang pengasingan jantina dalam pawagam di Pahang

Oleh Mohd Rafi Mamat

PAS Pahang akan mencadangkan kepada kerajaan negeri Pahang supaya mencontohi kerajaan negeri Terengganu yang melakukan pengasingan jantina dalam pawagam di negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, cadangan itu akan diusulkan dalam masa terdekat memandangkan langkah dilaksanakan kerajaan Terengganu adalah tindakan baik.

Beliau menyifatkan peraturan pengasingan itu bertepatan dengan ajaran Islam yang mengutamakan usaha pencegahan perkara boleh mendatangkan unsur negatif.

"Tindakan terbaik serta menepati syarat itu lebih memberi keselesaan kepada kaum lelaki dan wanita sepanjang berada dalam pawagam untuk menonton wayang.

"Pas tidak teragak-agak untuk mencadangkan langkah baik untuk dilaksanakan di Pahang sekiranya mendapat persetujuan sepenuhnya Kerajaan Pahang," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Terengganu mengumumkan pengasingan jantina dalam pawagam seperti ditetapkan bermula 4 Julai lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri tidak akan melonggarkan peraturan dan garis panduan itu meskipun ada desakan daripada pelbagai pihak.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 4:36pm
d