mutakhir

Ajal bertembung lori

Oleh Essa Abu Yamin

SEORANG lelaki maut dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori di Jalan Bakri, Batu 8 1/2 di Muar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, pemandu kereta Proton Wira, Iskandar Shah Amer, 37, maut di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah hari sebelum menggerakkan jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan Proton Wira dan sebuah lori tiga tan.

"Kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dan mangsa disahkan meninggal dunia, manakala pemandu lori berkenaan hanya cedera ringan," katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.50 tengah hari.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 5:41pm
d