mutakhir

Padah miliki barang tiruan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PENIAGA mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas tuduhan memiliki sarung telefon bimbit tiruan.

Tertuduh Wilson Ng, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mempunyai kawalan bagi maksud perdagangan iaitu sebanyak 225 unit sarung telefon bimbit jenama Louis Vuitton.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Dataran Cheras 5, Balakong, Cheras kira-kira 1.30 tengah hari pada 3 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(ii) akta sama.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim @ Husaini, manakala tertuduh diwakili peguam Daryl Tan.

Rofiah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM50 bagi setiap cap dagangan bersamaan RM11,250 terhadap lelaki berkenaan.

Mahkamah turut melucut hak barang kes kepada Kementerian Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Difahamkan, tertuduh membayar denda terbabit.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 5:57pm
d