mutakhir

OKU ditemui mati dalam bot [METROTV]

Oleh Zaid Salim

LELAKI orang kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam bot kira-kira enam batu nautika dari Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.

Mangsa, Mohd Saufi Mohamad, 34, dari Lorong Haji Busu, Batu Burok, Kuala Terengganu yang dikatakan keluar mencandat sotong ditemui adiknya, Ahmad Sabri, 30, pada 5 petang.

Difahamkan, mangsa keluar mencandat sotong bersama rakan, Mohd Sahid Said, 52, dengan menaiki bot secara berasingan pada 6 petang semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian mangsa," katanya.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 8:30pm
d