mutakhir

3 premis 'jijik' diarah tutup

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MENJIJIKKAN apabila tiga premis makanan terdapat lipas dan dinding serta lantai berdaki hitam sehingga mengabaikan kebersihan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, susulan itu, Unit Sanitasi Premis, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu premis terbabit di Jalan Pineng dan berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) semalam.

Menurutnya, serbuan dijalankan selepas menerima aduan premis terbabit tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

"Pemeriksaan yang dianggotai empat orang petugas bermula dari 4 petang mengeluarkan arahan penutupan premis mengikut Akta Makanan 1983 berkuat kuasa 14 Julai 2020.

"Hasil pemeriksaan mendapati gerai terbabit tidak memasang alat perangkap minyak, semua pekerja tiada suntikan typoid dan terdapat urungan lipas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hisham berkata, lantai dan dinding berdaki hitam serta kotor dan tidak menggunakan produk biodegradasi," katanya.

Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 12:01pm
d