mutakhir

Lelaki herdik, pukul ibu ditahan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEORANG lelaki yang memukul dan mengherdik ibunya sudah ditahan polis di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek sudah ditahan dan polis kini membantu wanita berkenaan untuk membuat laporan.

"Ujian saringan air kencing juga akan dilakukan terhadap suspek bagi memastikan sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.

"Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang lelaki mengherdik wanita yang dipercayai ibunya.

Lelaki yang mengherdik menggunakan bahasa cina itu mengherdik dan membaling tisu kepada wanita berkenaan sebelum wanita itu bertindak untuk keluar dari rumah.

Warganet meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap warga emas.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 1:27pm
d