mutakhir

Bumbung melendut sebelum runtuh

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

BUMBUNG dewan makan sebuah sekolah menengah agama di Sabak Bernam, runtuh, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Video terbabit tular di Facebook (FB).

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebahagian bumbung dewan makan itu dipercayai melendut sebelum runtuh.

Akibat kejadian itu, sebahagian daripada dewan makan itu ranap.

Wartawan yang tiba bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 7:12pm
d