mutakhir

MBKS tidak berkompromi premis ingkar SOP

Oleh Norsyazwani Nasri

MAJLIS Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) tidak berkompromi dan akan melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan semua premis di kawasan pentadbirannya mematuhi prosedur operasi Ssandard (SOP) ditetapkan bagi mengekang gelombang kedua Covid-19 di Sarawak.

Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng berkata, pihaknya akan memantau secara kerap terhadap pematuhan SOP itu terutama kedai makan sebagai langkah mengingatkan pematuhan pemeriksaan suhu, penggunaan cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial.

"Pengusaha restoran yang beroperasi dan berdaftar di bawah bidang kuasa MBKS tertakluk arahan yang ditetapkan.

"Jika tidak mematuhi SOP, kita boleh membatalkan lesen perniagaan mereka," katanya ketika ditemui selepas lawatan dan pemeriksaan pematuhan SOP premis perniagaan dan kedai makan di sekitar Jalan Padungan, Kuching, hari ini.

Katanya, masyarakat boleh melaporkan kepada pasukan penguat kuasa jika ada premis perniagaan seperti kedai makan tidak mematuhi SOP.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memasang kemudahan sinki di pusat penjaja di bawah kawasan pentadbirannya.

"Ini adalah salah satu inisiatif kita menggalakkan pelanggan sentiasa menjaga dan mengamalkan kebersihan diri sebelum dan selepas makan di luar.

"Kemudahan ini akan dimulai dipasang di pusat penjaja Hui Sing dan Batu Lintang," katanya.

Wee berkata, pemasangan itu dalam masa yang sama memberi kemudahan kepada pelanggan dalam mematuhi SOP kerana ada tandas agak jauh untuk mencuci tangan.

#kw MBKS, pantau, SOP, Kuching

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 7:27pm
d