mutakhir

Kehilangan besar buat Perak - MB

Oleh Balqis Jazimah Zahari

KERAJAAN Perak menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, hari ini sebagai kehilangan besar kepada negeri itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berdukacita dengan pemergian Allahyarham di Hospital Bentong, Pahang, hari ini.

"Bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan Perak Darul Ridzuan, saya dengan penuh hiba dan dukacita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau akibat serangan jantung.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negeri Perak dan juga rakyat di kawasan DUN Slim," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham juga adalah kehilangan seorang sahabat yang anggap sebagai saudara kandung sendiri.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.

"Didoakan juga agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," katanya.

Berita berkaitan

PM ucap takziah atas pemergian Khusairi

ADUN Slim meninggal dunia

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 8:01pm
d