mutakhir

Pembantu tadbir kewangan ditahan SPRM 'luluskan bayaran' untuk diri sendiri

Oleh Abdul Rahemang

SEORANG pembantu tadbir kewangan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM16,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 54 tahun yang bertugas di sebuah hospital itu ditahan jam 2 petang tadi.

Suspek dikatakan menggunakan jawatannya untuk meluluskan proses pembayaran kerja-kerja penyelenggaraan kuarters kerajaan kepada sebuah syarikat pada 2015.

Kerja-kerja penyelenggaraan itu pula sebenarnya dilakukan oleh syarikat yang ada kaitan dengan suspek.

Dalam kes berasingan, suami isteri turut ditahan SPRM kerana dipercayai mengemukakan maklumat palsu bagi mendapatkan tender kantin sekolah bernilai RM100,000.

Pasangan berusia 30-an itu ditahan jam 10.30 pagi tadi.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada 2017.

Ketiga-tiga suspek membabitkan dua kes terbabit akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pagi esok.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek terbabit.

"Kes masing-masing disiasat mengikut Seksyen 23(1) ASPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 8:43pm
d