mutakhir

Parlimen: Zulkifli tenang jawab soalan pertama [METROTV]

Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Yusmizal Dolah Aling

DEWAN Rakyat hari ini menjadi persidangan sulung buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan Ahli Parlimen.

Beliau memulakan sesinya dengan memberi salam dan mukadimah dalam bahasa Arab sebelum menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai).

Sabri bertanya mengenai komitmen penarafan guru Kafa sebagai guru tetap dan berpencen selain menjaga kebajikan golongan itu.

Dr Zulkifli dengan tenang berkata, usaha dilakukan kerajaan bagi menaik taraf dan memperkasa guru Kafa dilaksana secara berperingkat.

"Ia usaha dilakukan berfasa yang dilaksana kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Malah, elaun guru Kafa juga sudah dinaikkan sebanyak RM100, menjadi RM1,000 sebulan membabitkan 35,000 orang," katanya.

Berhubung soalan tambahan Sabri sama ada kerajaan bersedia menyemak semula gred S19 yang dipegang guru Kafa sejak 30 tahun lalu, beliau berkata, perkara itu juga termasuk dalam pemerhatian kerajaan.

Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 12:11pm
d