mutakhir

Bayi masih hidup ditemui dalam tong sampah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

BAYI perempuan masih hidup ditemui di dalam tong sampah di Seberang Takir, Kuala Nerus, malam tadi.

Bayi cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang wanita pada 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, wanita terbabit memaklumkan ada ternampak seorang wanita membuang satu bungkusan berbalut kain di dalam tong sampah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, wanita terbabit menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Bayi masih hidup tanpa sebarang dokumen kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya.

Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 4:55pm
d