mutakhir

Covid-19: Kluster Mambong dikesan [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi

SATU lagi kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Mambong, Sarawak selepas dua kes positif Covid-19 direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kluster baharu itu dikesan di sebuah syarikat di Mambong, Sarawak.

Menurutnya, sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak dua kes dilaporkan yang mana kes kedua diketahui semasa saringan di tempat kerja bersangkut kes indeks iaitu kes 8,732.

"Kes indeks ini mengalami gejala pada 12 Julai lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 14 Julai di sebuah pusat perubatan.

"Siasatan dan saringan ke atas kontak rapat sedang dijalankan yang mana 70 individu sudah dikenal pasti dan disaring," katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kes itu membabitkan seorang warga negara dan seorang bukan warga negara manakala 68 individu masih menunggu keputusan.

"Proses pembersihan dan nyah kumar telah dijalankan di syarikat terbabit," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 6:08pm
    d