mutakhir

Asing di pusat kuarantin jika tidak sesuai di rumah

Oleh Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berkemungkinan menempatkan individu yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin atau hotel jika rumah mereka tidak mempunyai persekitaran bersesuaian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu dicadangkan terhadap individu yang tidak sesuai untuk menjalani kuarantin di rumah kerana mereka yang pulang dari negara berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, cadangan itu amat munasabah bagi mengelakkan kejadian seperti Kluster Pesakit Bawah Pemantauan (PUI) Novgorod, daripada berulang.

"Mereka yang membuat saringan Covid-19, (iaitu) tiga hari awal sebelum menaiki pesawat juga langkah yang baik kerana kita tahu mereka negatif.

"Jika mereka pulang ke sini dari negara berisiko tinggi Covid-19 dan ujian dibuat sebelum itu melebih tiga hari maka akan diuji semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya pada sidang media Covid-19, hari ini.

Katanya, mereka yang didapati positif akan diasingkan dan dihantar ke hospital.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 7:03pm
    d