mutakhir

DBKL sita rangka terbiar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita terhadap motosikal terbiar yang kebanyakan tinggal rangka, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dalam operasi motosikal buruk yang diadakan jam 8 pagi hingga 5 petang di sekitar Bukit Bintang, sebanyak lapan rangka motosikal disita.

Menurutnya, motosikal yang disita itu kemudian dialihkan ke stor sitaan kenderaan buruk di Taman Connaught, Cheras dalam keadaan baik dan terkawal.

"Tindakan ini diambil selepas DBKL sudah lama melekatkan notis di motosikal terbabit namun tidak diambil tindakan oleh pemiliknya.

"Diharapkan dengan operasi ini orang ramai akan tahu dan pemilik motosikal dapat menyelesaikan isu ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Disiarkan pada: July 17, 2020 @ 9:27pm
d