mutakhir

Banjir di Muar semakin pulih

Oleh BERNAMA

KEADAAN banjir di Muar semakin beransur pulih, dengan hanya 71 orang daripada 16 keluarga masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan menerusi kenyataan pagi ini berkata, kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat dan SK Parit Raja, yang kedua-duanya mula beroperasi sejak 13 Julai lalu.

Ia membabitkan 58 orang daripada 13 keluarga yang berada di PPS SK Parit Keroma Darat dan 13 orang daripada tiga keluarga di PPS SK Parit Raja.

Kesemua mereka adalah penduduk Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Besar, Kampung Parit Amal dan Kampung Parit Amat, yang belum dibenarkan pulang kerana kawasan kediaman masih digenangi dengan air banjir termenung.

Namun begitu, jika keadaan cuaca yang baik pada pagi ini berterusan sehingga ke petang, pihak berkuasa menjangkakan lebih ramai mangsa akan dapat pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 10:17am
d