mutakhir

6 premis judi dalam talian dipotong bekalan elektrik

Oleh Melvin Joni

ENAM kedai beroperasi 24 jam di Serian dipotong bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam operasi bersama pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Serian semalam.

"Pemotongan bekalan elektrik dilakukan ke atas kedai terbabit yang kerap diserbu polis kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis terbabit dilakukan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 3:06pm
d