mutakhir

Diarah pindah akibat tanah runtuh

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PENGHUNI tiga rumah di Kampung Palimbayan, Sungai Penchala, Kuala Lumpur diarahkan mengosongkan kediaman selepas berlaku tanah runtuh di kawasan rumah itu, malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan terdapat tanah runtuh di kawasan itu pada 7.20 malam.

Menurutnya, susulan itu, seorang pegawai dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba mendapati terdapat runtuhan tanah di sebelah kanan rumah.

"Penghuni tiga rumah itu diarah mengosongkan kediaman buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 10:43pm
d