mutakhir

Sepang dilanda banjir kilat

Oleh Samadi Ahmad

HUJAN lebat sejak 4 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Sepang, NoorAzli Said,berkata kira-kira 500 rumah membabitkan 10 kawasan dinaiki air.

Menurutnya, seramai 150 penduduk yang terjejas dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) bermula jam 7 pagi tadi dan jumlah sebenar yang dipindahkan akan diketahui lewat petang ini.

"Kami sudah mengadakan lawatan dan menyalurkan bantuan wang tunai bagi membeli keperluan makanan kepada mangsa.

"Pihak kami bersama Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah akan memantau perkembangan dari semasa ke semasa terutama kawasan yang terbabit dalam kejadian banjir kilat berkenaan," katanya.

Kawasan yang terjejas akibat banjir adalah Taman Desa, Jenderam Hulu, KampungOrang Asli Jenderam Hulu, Revolusi Hijau, Taman Lestari, Mewah Kampung Lalang, Kampung Cemperai, Sri Tanjong, Taman Mas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.

Sementara itu PPS yang dibuka adalah Dewan Jenderam Hilir, Dewan Majlis Perbandaran Sepang Gemilang dan Dewan Majlis Perbandaran Sepang Dengkil.

Sementara itu, Pegawai pegawai Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Sepang, Azli Muhidin, berkata pihaknya sudah mengarahkan anggota bagi membuat pantuan dikawasan di tenggelam air.

Menurut beliau, setakat ini air masih belum surut dan jumlah sebenar mangsa yang dipindahkan akan diketahui lewat petang ini.

Disiarkan pada: July 19, 2020 @ 3:45pm
d