mutakhir

Anggota PGA maut dipercayai tembak diri sendiri

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai menembak diri sendiri di Berek Polis Pantai Remis, Manjung, malam tadi.

Difahamkan, mangsa menembak diri sendiri di bahagian kepala dengan menggunakan senjata api M14 pada 9.25 malam.

Anggota berkenaan bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terbabit dengan bantuan Ops Benteng Covid-19 di Manjung.

Mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan motif kejadian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 10:25am
d