mutakhir

Banjir kilat di Slim River [METROTV]

Oleh Rosman Shamsudin

HUJAN lebat tanpa henti bermula petang semalam sehingga malam tadi menyebabkan kawasan Trolak Pekan dan Kampung Rasau Tengah di Slim River, dilanda banjir kilat.

Ia menyebabkan 22 penduduk Kampung Rasau Tengah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ( PPS) iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Rasau.

Seramai 54 penduduk Trolak Pekan pula dipindahkan ke PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu kira-kira 9 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Slim River bergegas ke lokasi.

"Semua mangsa banjir berjaya dipindahkan ke PPS terbabit , namun bomba masih menjalankan kerja-kerja pemantauan di kawasan yang dilanda banjir," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, mangsa banjir turut dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Muallim, Pejabat Daerah Muallim dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Disiarkan pada: July 23, 2020 @ 8:42am
d