mutakhir

4 anggota baharu EAIC dilantik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

EMPAT anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) baharu dilantik bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan itu.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi EAIC dan Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalannya.

"Antara yang turut dilantik adalah Datuk John Louis O'hara dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

"Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC

ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti serta efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," kata kenyataan itu.

Pelantikan empat anggota EAIC itu mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Datuk A Aziz A Rahim, Datuk Sabariah Hassan, Prof Madya Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Siong, Leong May Chan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam.

Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 12:55pm
d