mutakhir

Dikompaun duduk terlalu rapat di kedai makan

Oleh Norsyazwani Nasri

SERAMAI 14 individu membabitkan lapan lelaki dan enam wanita dikompaun kerana gagal kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuching, semalam.

Pemeriksaan dijalankan pihak polis di sekitar bandar raya itu termasuk Satok, Tabuan Jaya, Sekama dan Sungai Maong.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, semasa pemeriksaan dijalankan didapati ada di pelanggan duduk terlalu rapat di antara satu sama lain di kedai makan.

"Terdapat pelanggan mematuhi SOP di kedai makan, tetapi penjaga premis pula gagal mengamalkan SOP ditetapkan.

"Semua pelanggan, pekerja dan penjaga premis diarahkan ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kompaun dikeluarkan perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari dengan nilai kompaun RM 1,000 setiap seorang.

"Polis akan mengambil tindakan berterusan terhadap pemilik premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi, tetapi tidak mematuhi SOP ketika PKPP ini," katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2020 @ 7:24pm
d