mutakhir

Banjir kilat selepas hujan 3 jam

Oleh Nor Farhani Che Ad

SERAMAI 28 mangsa daripada lapan keluarga di Kampung Banggol Rashid Selama, di Bandar Baharu, Kedah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir kilat malam tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata PPS Sekolah Kebangsaan Selama dibuka pada 1 pagi tadi.

"Hujan lebat selama 3 jam tanpa henti mulai 8 malam menyebabkan takungan air hujan memenuhi kawasan rumah mangsa.

"Berikutan itu, seramai 28 mangsa termasuk empat warga emas terpaksa dipindahkan ke PPS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, paras air masih berada dalam keadaan yang sama dan pihaknya akan terus memantau lokasi banjir dari masa ke semasa.

Sementara itu, seramai 60 mangsa membabitkan 20 keluarga dari Kampung Batu 12 di Kulim terjejas selepas rumah mereka dinaiki air sedalam semeter susulan banjir kilat semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, hujan lebat lebih sejam sejak 4 petang menyebabkan air di kawasan bukit dan air sungai melimpah ke kawasan rendah.

Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 11:00am
d