mutakhir

Polis nafi mesej SJR tular

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS menafikan sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di laluan sempadan keluar Selangor seperti yang tular pada hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, setakat ini pihaknya menjalankan SJR di pesisir pantai.

"Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.

"Pihak polis hanya menjalankan sekatan jalan raya menerusi Op Benteng di pesisir pantai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular mesej senarai SJR di 14 kawasan di sempadan Selangor.

Mesej itu turut menyenaraikan beberapa kawasan antaranya di sempadan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 6:16pm
d