mutakhir

Nasib baik abang bomba ada...

Oleh Hamzah Osman

KANAK-KANAK lelaki terpaksa menahan kesakitan dan berhadapan detik cemas selepas cincin di jari manis kirinya gagal ditanggalkan hari ini.

Mangsa yang berusia 11 tahun terpaksa dibawa oleh keluarganya ke Klinik Kesihatan Kuah dan petugas klinik terbabit kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi selepas usaha menanggalkannya gagal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dilaporkan pada 4.57 petang.

Menurutnya, anggota BBP Langkawi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hamizad Haris dikejarkan ke lokasi untuk melakukan operasi memotong cincin.

"Anggota BBP Langkawi mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menanggalkan cincin terbabit menggunakan pemotong khas.

"Kami menasihatkan orang awam lebih berhati-hati ketika memakai cincin.

"Saiz yang terlalu kecil boleh menyukarkannya ditanggalkan," katanya.

Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 9:16pm
d