mutakhir

Pemakaian pelitup muka boleh putus rantaian Covid-19

Oleh Isma Ismail

KAJIAN terbaharu dilakukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka boleh memutuskan rantaian Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos ini dilihat langkah berkesan untuk memutuskan penularan virus berkenaan.

"Terdapat perkembangan kajian dilakukan WHO yang dijadikan sebagai bukti bahawa rantaian Covid-19 boleh diputuskan sebanyak 60 peratus.

"Sebelum ini, kami sudah menggalakkan penggunaan pelitup muka, namun kini penggunaannya akan diwajibkan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa bermula 1 Ogos ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, tindakan yang penting juga adalah menyediakan pelitup muka kepada golongan yang memerlukan.

"Seperti diketahui, pelaksanaan tindakan itu adalah bertumpu di kawasan umum, kawasan sesak serta pengangkutan awam seperti kapal terbang dan bas yang kini beroperasi dalam kapasiti penuh.

"Dalam usaha memastikan semua orang mematuhi ketetapan itu, golongan memerlukan (B40) perlu disediakan pelitup muka yang memenuhi kriteria iaitu mempunyai tiga lapisan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 27, 2020 @ 7:18pm
    d