mutakhir

Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah

Oleh Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi

HANYA 10 wartawan tempatan dan antarabangsa yang dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding keputusan tujuh kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, 40 wartawan lagi ditempatkan di bilik video link di Aras B1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bilik video link itu adalah Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen dan Majistret (Sivil) yang diubah suai dan dipasang dua set televisyen yang akan memaparkan siaran langsung prosiding.

Pemberita yang mula berkumpul di hadapan pintu pagar kompleks sejak jam 5.30 pagi lagi, dibenarkan memasuki bangunan mahkamah pada jam 8.45 pagi.

Kesemua wakil media termasuk hanya lapan jurugambar dan lapan juruvideo dibenarkan mengambil pas masuk khas semalam.

Pas kuning adalah untuk pemberita yang dibenarkan memasuki mahkamah, biru untuk videolink manakala pas putih adalah untuk wartawan yang berada di lobi mahkamah.

Berita berkaitan

Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah

Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini

Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 9:56am
d