mutakhir

Najib tiba di mahkamah

Oleh Wartawan HM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.34 pagi.

Beliau disambut ratusan penyokongnya.

Turut kelihatan beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Najib bersalah atau dibebaskan daripada tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Keputusan dijangka dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pada 10 pagi.

Berita berkaitan

Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah

Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini

Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 10:02am
d