mutakhir

Kes SRC: Light Strike Force PDRM berkawal di mahkamah

Oleh Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi

BEBERAPA anggota Pasukan Light Strike Force (LSF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, ketika ini keadaan masih terkawal dan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap setia menunggu di luar mahkamah bagi mengetahui perkembangan mengenai kesnya.

Pintu masuk turut ditutup dan hanya peguam dan media yang memiliki pas sahaja dibenarkan masuk setakat ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpakaian biru dan merah mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak 7 pagi ini menanti keputusan Mahkamah.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Najib sama ada beliau didapati bersalah atau tidak daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, hari ini.

Berita Berkaitan

  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 11:05am
    d