mutakhir

Tiada bukti Raja Arab mahu derma - Hakim

Oleh Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tidak ada bukti Raja Arab mahu memberi bantuan kewangan kepada Najib atau Malaysia.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, hanya kemudian Jho Low memaklumkan bahawa Raja Abdullah mahu memberi derma.

"Ini tidak konsisten dengan apa yang diberitahu oleh Raja Abdullah kepada tertuduh ketika bertemu di Riyadh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penghakiman keputusan kes Najib yang berdepan tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Prosiding keputusan masih berjalan.

Berita Berkaitan

  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 12:17pm
    d