mutakhir

2 kluster baharu

Oleh Yusmizal Dolah Aling

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti dua kluster baharu iaitu Kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster itu membabitkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai 2020 iaitu kes ke 8,937.

Katanya, saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabajngsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif dan sudah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

"Bagaimanapun, dia didapati tidak mematuhi syarat perintah itu dan di dalam tindakan pihak berkuasa. Saringan ulangan didapati positif dan beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktifdan saringan kontak rapat sudah dijalankan dan sehingga 28 Julai 2020, 28 kontak rapat disaring.

Katanya daripada jumlah itu lima dikesan positif Covid-19 dan 23 negatif.

"Kes indeks seorang pemilik kedai makan dan empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerjakedai itu iaitu bukan warganegara manakala seorang lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks.

"Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenal pasti ini sudah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kluster itu dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching dan mana saringan Covid-19 sudah dijalankan di pasar terbabit dan sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga sudah disaring.

"Daripada jumlah itu empat dikesan positif manakala 225 negatif. Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

"Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan," katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 5:32pm
d