mutakhir

Najib selesai bayar jamin tambahan RM1 juta

Oleh BERNAMA

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan atas tujuh kesalahan berhubung penyalahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi semalam.

Najib, 67, yang hadir memakai baju kemeja biru tiba di mahkamah pada jam 1 tengah hari bersama anaknya Norashman yang difahamkan penjamin kepada bapanya.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi dan beredar dari mahkamah pada jam 1.30 tengah hari.

Semasa fotonya dirakam jurukamera, Najib sempat berseloroh dengan berkata 'semalam dah banyak gambar dah' sebelum berjalan ke arah lobi mahkamah.

Semalam, Najib diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM1 juta selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Berita Berkaitan

  • Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
  • 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak tahu RM42 juta itu' - Najib
  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 3:49pm
    d