mutakhir

Lemang Ramli dapat sambutan

Oleh Hassan Omar

PENGUSAHA lemang, Ramli Naaman, 63, menerima permintaan mendadak makanan tradisional berkenaan yang ditempah secara dalam talian hasil kreativiti anaknya, Aisyah, 19.

Aisyah menjadikan laman sosial Facebook (FB) bagi mempromosi serta mengambil tempahan lemang berkenaan.

Menurut Ramli, dia menyiapkan kira-kira 300 lemang ditempah sepanjang seminggu sebelum Aidiladha.

"Pelanggan menempah lemang saiz sederhana yang dijual pada harga RM12.

"Sebelum ini, saya hanya mampu menjual kira-kira 100 batang lemang saja, namun hasil kreativiti anak, tempahan terus meningkat," katanya ditemui di Kampung Bukit Tinggi, Masjid Tanah dekat sini.

Menurut Ramli, antara punca permintaan lemang meningkat ialah ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidiladha.

Katanya, lemang ditempah kemudiannya dihantar kepada pelanggan.

"Kami perlu pantas memasak lemang sebelum menghantarnya kepada pelanggan," katanya.

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 3:44pm
d