mutakhir

Covid-19: 8 kes Kluster PUI Sivagangga

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

LAPAN kes dikesan positif Covid-19 daripada Kluster PUI Sivagangga, Kedah sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 251 kes adalah negatif manakala tiga masih menunggu keputusan.

Menurutnya, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 262 saringan sehingga 12 tengah hari ini.

"Daripada lapan kes positif itu, lima adalah bukan warganegara.

"Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, beliau dilaporkan berkata, kluster PUI Sivagangga itu membabitkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai dan saringan Covid-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) didapati negatif.

Individu berkenaan diarah menjalani perintah kuarantin di rumah namun didapati tidak mematuhi perintah berkenaan dan dalam tindakan pihak berkuasa.

Saringan ulangan didapati positif dan dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 6:09pm
    d