mutakhir

'Ini bukan arahan KKM'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan ada mengeluarkan arahan kompaun RM300 terhadap individu yang tidak menulis nama dan nombor telefon ketika memasuki premis.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada arahan sedemikian dikeluarkan oleh KKM jika orang ramai tidak menulis nama dan nombor telefon atau memberi nama dan nombor telefon yang salah.

"Notis arahan kompaun yang tular itu bukan daripada KKM dan ia tidak betul.

"KKM sedang menyiasat mengenai perkara ini," katanya ringkas kepada Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, tular satu notis kononnya individu yang tidak menulis nama dan nombor telefon ketika memasuki premis akan dikompaun RM300.

Jumlah kompaun sama turut dikenakan jika memberi nama dan nombor telefon yang salah.

Selain itu, seseorang itu boleh dikompaun RM1, 000 jika tidak menjaga penjarakan fizikal, manakala peniaga yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) juga dikenakan kompaun RM1, 000 bermula hari ini.

Disiarkan pada: August 1, 2020 @ 8:03pm
d