mutakhir

Covid-19: Hanya dua kes, tiada kematian direkodkan [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

SEBANYAK dua kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari, sekali gus menjadikan 9,001 kes positif keseluruhan direkodkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes direkodkan itu adalah kes penularan tempatan membabitkan warganegara dan tiada kes import direkodkan hari ini.

"Satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga (Kedah) dan satu lagi kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Sehingga kini, terdapat satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 125 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 208 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 5:23pm
    d