mutakhir

Bantuan pemandu bas disalur 14 Ogos ini

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

KERAJAAN akan menyalurkan bantuan kepada pemandu bas sekolah pada 14 Ogos ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Laporan Laksana Ke-15 pelaksanaan Prihatin dan Penjana berkata, ia dianggarkan membabitkan 30,000 pemandu bas di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini dilaporkan mengumumkan perkara berkenaan di mana setiap pemandu akan menerima bantuan khas RM600 seorang, membabitkan peruntukan berjumlah RM21 juta.

Ia akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar.

Kaedah pembayaran akan diumumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bawah kementerian itu yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan berkenaan.

Disiarkan pada: August 4, 2020 @ 2:58pm
d