mutakhir

Plus sumbang 21 lembu

Oleh BERNAMA

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menyalurkan kira-kira RM1 juta bagi membantu menjayakan program ibadah korban anjuran komuniti terutama daripada kumpulan B40 sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan, setiap setahun sejak 10 tahun lalu.

Pengarah Urusan Plus Datuk Azman Ismail berkata, ia adalah pendekatan syarikat itu untuk terus aktif menyokong dan menyertai program anjuran masyarakat setempat dari semasa ke semasa.

"Pada sambutan Aidiladha tahun ini, Plus menyumbang 21 ekor lembu bernilai RM168,000 untuk diagihkan kepada masjid serta surau di komuniti yang terletak berhampiran jajaran lebuh raya kami termasuk di LPT2," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Azman berkata, Plus secara berterusan mengambil bahagian dalam program yang melibatkan masyarakat setempat terutama golongan B40 dalam usaha membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

"Progam ini bukan sahaja berbentuk sumbangan atau suntikan dana. Tetapi ia juga menyeluruh serta meliputi program pendidikan keselamatan, membaiki jalan serta infrastruktur kampung yang rosak dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata penglibatan menerusi program komuniti itu selari dengan nilai korporat Plus yang memberi penekanan terhadap aspek keprihatinan terhadap masyarakat sekeliling.

Disiarkan pada: August 4, 2020 @ 9:03pm
d