mutakhir

Industri pengangkutan udara berpotensi dikomersialkan

Oleh Yusmizal Dolah Aling

INDUSTRI pengangkutan udara berpotensi serta berupaya membuka peluang kepada satu bidang keusahawanan baru yang boleh dikomersilkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Industri (Medac) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia dilengkapi teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan Internet untuk Segalanya (IoT), yang kini berkembang pesat di peringkat antarabangsa.

Katanya, kementeriannya berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dalam industri itu yang memfokuskan kepada perkhidmatan drone atau superdrone.

"Namun, keutamaan Medac ketika ini adalah melaksanakan program dan inisiatif yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi memastikan usahawan PKS, Mikro dan Koperasi yang terjejas akibat Covid-19 dapat terus dibantu," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah- Lumut) mengenai perkembangan terkini pembangunan industri kereta terbang dan apakah ia masih diteruskan di bawah Medac.

Beliau turut menjelaskan kereta terbang adalah 'super drone' dan ia adalah konteks sebenar di dalam pengangkutan udara.

Disiarkan pada: August 5, 2020 @ 11:38am
d