mutakhir

Maut selepas daki Bukit Kledang

Oleh Balqis Jazimah Zahari

LELAKI tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas mendaki Bukit Kledang di Ipoh, hari ini.

Chai Cheong Loon, 48, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.30 pagi.

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati mangsa tidak sedarkan diri di kaki bukit selepas menjalani aktiviti mendaki.

"Pemeriksaan kemudiannya dilakukan petugas kesihatan sebelum mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dihubungi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: August 5, 2020 @ 3:45pm
d