mutakhir

Awasi orang bergejala elak tularkan Covid-19

Oleh Yusmizal Dolah Aling

MENINGKATKAN pengawasan bagi mereka yang bergejala, antara salah satu langkah pengesanan yang diambil Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau penularan kes Covid-19, khususnya di Sabah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jangkitan wabak yang berlaku di negeri itu dipengaruhi pelbagai faktor kerana menerima kemasukan dari pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pantai tertentu.

Untuk itu, katanya, pengesanan dilakukan dengan cara meningkatkan pengawasan dalam kalangan mereka yang bergejala.

"Penyakit Covid-19 ini 80 peratus tidak bergejala dan 20 peratus bergejala.

"Mereka yang bergejala kita saring dan kita rawat. Tetapi mereka yang tidak bergejala, kita minta supaya jika ada kontak rapat, mereka tampil untuk kita saring," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu- Beufort) yang meminta penjelasan mengenai bentuk saringan yang dijalankan di Sabah untuk mengekang penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 11:11am
    d