mutakhir

Inspektor polis disyaki rasuah direman

Oleh Rosli Ilham

INSPEKTOR polis direman enam hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Masni Hajar di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai berusia 30 tahun dan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dia disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000 pada 2018 sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang ditahan polis ketika terbabit aktiviti pengedaran dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, suspek ditahan semalam ketika hadir di pejabat SPRM di Kemaman untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 1:00pm
d