mutakhir

Guan Eng dipanggil SPRM malam ini

Oleh Samadi Ahmad

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, malam ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat tiba di bangunan SPRM pada jam 9.10 malam menaiki Toyota Velfire berwarna putih.

Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ketiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Sementara itu, tersebar dakwaan dalam kalangan petugas media yang sedang 'berkampung' di Ibu Pejabat SPRM bahawa Guan Eng akan ditahan namun tiada kenyataan rasmi mengenai perkara itu dikeluarkan setakat ini.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 9:29pm
d