mutakhir

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat [METROTV]

Oleh BERNAMA

SUASANA kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini yang akan menyaksikan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah baru-baru ini, yang dibawa oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kelihatan tenang.

Anggota polis dilihat mengawal ketat kompleks mahkamah dalam memastikan aspek keselamatan serta langkah pencegahan penularan Covid-19 antaranya pemeriksaan suhu badan, pendaftaran pelawat dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun, 33 ADUN diketuai Tan Sri Musa Aman dan penyokong mereka belum kelihatan setakat 9 pagi.

Permohonan difailkan oleh firma guaman FT Ahmad & Co Isnin lalu.

Dalam permohonan itu, Musa dan 32 Adun lain meminta mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran Dun Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada Tun Juhar bagi pembubaran berkenaan.

Mohd Shafie pada 30 Julai lalu mengumumkan pembubaran Dun Sabah selepas mendapat perkenan Tun Juhar.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 11:17am
d