mutakhir

Panggil bomba keluarkan cincin

Oleh Mohd Khidir Zakaria

ANGGOTA bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan cincin yang tersekat di jari seorang lelaki dari Pengkalan Balak, Melaka, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang Mohd Kamal Timar berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat bantuan khas itu daripada Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson pada 3.14 petang.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Faiz Mohamed bersama enam anggota tiba di klinik berkenaan dan mendapati mangsa berusia 43 tahun kesakitan selepas cincin tersekat di jari kanan.

"Mangsa ke klinik untuk bantuan mengeluarkannya tetapi gagal sebelum pihak klinik hubungi bomba.

"Anggota bertindak segera menggunakan pemotong dan playar untuk memotong cincin itu," katanya ketika dihubungi.

Mangsa tidak alami kecederaan ketika proses berlangsung.

Disiarkan pada: August 9, 2020 @ 7:56pm
d